Tuesday, December 27, 2011

globalisasi sebagai satu proses pengamerikaan Dunia

Globalisasi sebagai satu proses Pengamerikaan Dunia.

SKAD3383 GLOBALISASI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA.

HILARY HIEW

Pada umun, proses globalisasi dianggap sebagai proses di mana belakunya pengerakan barang,modal,manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Proses globalisasi juga merujuk kepada masyarakat luar dimana setaip maklumat dan informasi dan juga kejadain yang belaku di sesuatu tempat akan diketahui umun oleh penduduk seluruh dunia dan hal ini menyebabkan proses maklumt dan informasi kini mula diketahui umun.

Namun proses globalisasi yang dipelopori oleh Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia telah mula dilihat juga membawa proses globalisasi sebagai satu proses cubaan untuk mengamerikan dunia yang bererti negara negara seperti dunia pertama dan dunia ketiga harus menerima cara hidup amerika.

Menurut Yusuf Al Qardawi, Ahli Teologi dari Universiti Al-Azhar Mesir menyatakan bahawa dari segi sudut pandanggan islam proses globalisasi yang diwarwarkan oleh Amerika Syarikat sebagai satu proses cubaan untuk mengamerikakan dunia dengan secara paksaan mahupun rela. Hal ini dapat dilihat menerusi proses hemegoni dan proses neo imperialisme oleh Amerika Syarikat sebagai kuasa terbesar di dunia dengan memaksa negara-negara yang miskin terutama negara dunia-dunia ketiga tunduk terhadap kuasa besar tersebut. Proses Globalisasi oleh Amerika Syarikat juga menunjukan bahawa proses globalisasi sebenarnya cubaan untuk membawa budaya barat yang dikatakan yang bertentangan dengan nilai-nilai moral dalam ajaran Islam. Budaya-budaya Barat yang dimaksudkan adalah budaya seperti LGT, budaya hip-hop dan budaya kuning yang amat bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Yusuf Al-Qardawi juga menyatakan proses globalisasi oleh Amerika Syarikat memperlihatkan belakunya penindasan antara golongan yang menindas orang yang lemah. Sesungguhnya globalisasi juga dilihatkan mewujudkan belakunya jurang di antara negara yang kaya dengan negara yang miskin akibat sistem perdagangan yang tidak adil dan proses unsur kapitalis,

Dr Yusuf Al-Qardawi juga menyatakan dalam proses globalisasi, peranan pertubuhan antarabangsa seperti International Monetary Fund dan bank Dunia dilihat memberi pinjaman dan bantuan kewangan kepada negara-negara dunia ketiga namun pada masa yang sama, negara-negara dunia ketiga terpaksa membayar hutang yang tinggi berserta dengan kadar faedah yang tinggi yang menyebabkan negara-negara dunia ketiga terpaksa membayarnya. Dr Yusuf Al-Qardawi juga menyatakan dalam proses globalisasi, negara-negara selatan tidak mampu merangka dan bersaing dengan negara-negara dunia pertama yang jauh lebih maju dan membangun. Jelaslah bahawa Globalisasi merupaka satu era penjajahan yang baru ke atas negara dunia ketiga.

Dalam konteks pembangunan di malaysia. Negara Malaysia tidak dapat lari daripada proses globalisasi yang begitu kuat dalam proses pembangunan dan sosial. Sesunguhnya, kerajaan Malaysia Haruslah berhati-hati terhadap proses globalisasi kerana proses globalisasi merupakan proses Pengamerikaan dunia dan juga merupakan proses penjajahan dalam bentuk yang baru bukan sahaja dalam politik, malah juga proses sosial dan ekonomi.

No comments:

Post a Comment